Dalam sebuah perkahwinan selain cinta dan kasih sayang, kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan amat penting dalam menjaga kebahagiaan rumah tangga. Jangan kita sesekali menggunakan alasan selalu berjauhan untuk suami atau seorang isteri bermain cinta dengan orang lain.
Lagi satu kisah pendedahan seorang isteri yang bertarung nyawa sedang berpantan tapi suami nya sedang bermain kayu tiga. Hati isteri mana yang tidak hancur? Tahu kaum Adam haram kamu menjatuhkan setitis air mata dari seorang wanita..
Kenapa Awak Buat Saya Macam Ni?.. Isteri Berpantan Suami Mabuk Bercinta
Wanita ini baru 2 tahun berkahwin dan sekarang mempunyai anak berusia satu bulan. Sedang diri gigih bersengkang mata menjaga bayi kecil, suami di Melaka rupanya sedang enak bermain cinta dengan orang lain. Hmmm
Lagi bukti suami menghantar mesej melalui aplikasi whatApps kepada wanita (kekasih)..
Kami berjumpa hujung minggu je. Semasa pantang, saya sibuk uruskan anak seorang diri. Dia boleh salahkan saya sebab tak selalu mesej dia sedangkan nak makan pon saya tak sempat sebab uruskan anak. Dia tak hargai langsung 20jam saya bertarung nyawa nak bagi dia zuriat, sakit perut kena belah sampai sekarang masih terasa bisa. Kantoi mesej pon sebab saya terbaca mesej di hp dia. Sekarang saya dalam dilema nak maafkan dia atau tak memandangkan anak masih kecik.




0 Response to "Kenapa Awak Buat Saya Macam Ni?.. Isteri Berpantan Suami Mabuk Bercinta"
Post a Comment