Petua Untuk Mudah Bersalin

bayi comel

Bagi kali pertama nak bersalin anda perlu baca petua ini agar anda senang untuk melahirkan anak pertama. Sebenarnya orang orang tua kita selalu guna sebelum wujud teknologi moden ini. Ini antara petua yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil menjelang tarikh kelahiran bayi mereka. Jom kita sama-sama semak petua mudah boleh diamalkan

Makan kurma

Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan makan kurma. Ia berperanan membekalkan tenaga ketika sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim.

Minum air kelapa

Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.

Makan bendi

Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia direbus terlebih dahulu. Lendir yang ada pada bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.

Telur ayam

Supaya mudah bersalin, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. InshaAllah proses kelahiran menjadi mudah.

Minyak kelapa

Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InshaAllah berkesan.

0 Response to "Petua Untuk Mudah Bersalin"

Post a Comment